2011-2012

Sunday, 1 January 2012
Selamat Datang 2012.
Moga tahun ini akan lebih membawa kebosanan yang terlampau dalam page ini.
Hehehehe...
Naik bosan juga dgn layout yang dah 2 tahun tak tukar. hurm.....

Penutup 2011 jangan pula dilupakan.
Memori manis atau pahit itu penting dalam membina jati diri ke arah menjadi insan yang berguna.
Harap dgn jiwa muda ini, 2012 akan lebih bermakna.

Aku sebagai pembawa jenama anak muda ingin berpesan kepada anak muda yang lain supaya berani melawan arus tapi jangan lah sampai lemas kalau tiada sokongan. Apa yang pasti, tahun ini dapat membangkitkan semangat keberanian untuk bersuara.

ps: Dengan Bismillahirrahmanirrahim, bertebaran lah wahai anak muda di muka Bumi ciptaan Allah ini.

Kembali.

Tuesday, 20 December 2011

Lama tidak menulis diruangan Kedoianism. Selepas hampir setahun berkelana di puncak gunung.
Dengan sangat lame blog ini. Kesian.

Sudah hampir ke penghujung tahun 2011. Dalam masa yang terdekat ini suka saya itu recap fenomena yang terjadi pada tahun ini secara ringkas. Tapi bukan hari ini. Mungkin besok atau lusa.
Harap sabar.

Sekian.

ps: ni dah takda kerja dok main bloq blek...kalau tak lupa...

Bebas

Thursday, 15 September 2011


Malam ini adalah malam bersejarah bagi rakyat Malaysia. Sedang aku leka bermain Football Manager 2011, aku terpanggil untuk membuka tv kerana perdana menteri Dato Seri Najib Razak (Pak Jib) telah mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri a.k.a ISA dan Akta Buang Negeri

Perutusan boleh dibaca di Malaysiakini. ----> sini.



Dalam waktu sekarang, aku agak terkejut dgn pengumuman drastik ini. Walau bagaimanapun, keberanian untuk memansuhkan 2 akta zalim ini adalah tindakan "bijak" selepas mendengar pandangan rakyat. Tahniah kepada mereka yang selama ini berjuang menuntut keadilan dari satu akta yang telah digunakkan hampir 50tahun.

ps: Selamat Hari Malaysia.

Clean!

Tuesday, 9 August 2011

Gandalf of Malaysia.

Transformation.

Thursday, 9 June 2011
bulan makin terang mengambang.

Itulah ungkapan paling tepat untuk mengambarkan berkesannya Muktamar PAS ke 57 baru-baru ini. Pada muktamar ini juga telah berlaku perubahan pada barisan pimpinan PAS. Syabas kepada PAS kerana berani menyahut saranan kerajaan Menuju Kearah Transformasi (saranan yang memang aku tunggu selama menjadi rakyat Malaysia).

Presiden Pas juga telah melancarkan pembaharuan dari prinsip Negara Islam ke prinsip Negara Berkebajikan.

This is fresh from the oven and it will melt in your mouth.

Moto perjuangan yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat tidak kira kaum. Syabas buat PAS.


TAPI....


Sang penyalak bukit sudah bangun.
Menyalak kerana PAS sudah gadai pejuangan akidah.
Kerana panas punggung takut hilang kuasa.
Menuduh yang bukan bukan.
Jangan salahkan PAS kerana mereka buat perubahan.
PAS tak takut pada perubahan.

Seperti satu petikan dialog filem,

"It`s not Yoko`s fault when John want to try something new." I am Sam

Dari selular

Friday, 22 April 2011
Pertama kali post menggunakan telefon selular. Terasa kagum dengan teknologi buatan sekular.

Protest to Pharaoh

Saturday, 29 January 2011
Sudah 2 3 hari terbaca di dada akhbar tentang pergolakan di bumi Afrika Utara. Bermula dengan Tunisia dan merebak ke Lubnan. Tetapi sindrom kebangkitan anak muda di Tunisia telah mula tiba ke hati setiap anak muda di Mesir.


Ribuan anak muda dan penduduk Mesir berkumpul di Medan Tahrir mendesak Presiden sekular Hosni Mubarak untuk berundur dari pemerintahan. Aku pon memang tak suka dengan Hosni Mubarak ni. Dengan menjadi boneka kepada Amerika dan mengiktiraf Israel sebuah negara. Haih~

Rakyat pon dah naik muak dengan kerajaan Hosni Mubarak ni, lalu anak muda dan juga parti pembangkang berjuang untuk bumi Mesir. Keberanian dari Tunisia menjadi inspirasi kepada warga Mesir.

Salute!

Bilakah masanya anak muda di Malaysia untuk bangkit?

ps: Ape cerita abang aku kt Mesir nih.